Politik

“Terima Kasih PN Sebab Zahirkan Program Subsidi Upah Semasa PKP Dahulu” – Komuniti Cina

BUKIT PASIR, 25 Feb: Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini semalam bersarapan dengan 23 pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketua komuniti Cina di sini, sambil mendengar pandangan serta masalah mereka.

Beliau berkata, rata-rata mereka mengeluh mengenai kenaikan harga barang pengguna dan bahan mentah untuk perniagaan yang bukan sahaja memberi kesan kepada pelanggan malahan di pihak pengusaha yang menjalankan perniagaan.

Menurutnya, seorang pemilik kafe, Louis Woo, 32, yang menjadi lokasi sarapan itu turut mengeluh mengenai harga barang mentah untuk perniagaan kafe yang naik mendadak sejak akhir-akhir ini.

“Keadaan ini, kata Louis bukan sahaja tidak baik untuk perniagaan malah membebankan pengguna dan pelanggannya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerusi teks dimuat naik dalam FB beliau, semalam.

Justeru, pemilik kafe itu berharap kerajaan dapat melihat dengan serius situasi tersebut.

Menurut Muhyiddin, Louis bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Perikatan Nasional kerana memperkenalkan Program Subsidi Upah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengusaha kafe kecil sepertinya.

“Saya kemudiannya menjelaskan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Perikatan Nasional dan Majlis Pemulihan Negara bagi memulihkan kehidupan dan ekonomi negara.

“Segala usaha ini bertujuan untuk memastikan rakyat dapat meneruskan kehidupan setelah terkesan teruk dengan pandemik COVID-19.

“Saya juga memberi jaminan jika diberi peluang di Johor kerajaan negeri Perikatan Nasional akan berusaha memulih dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan perniagaan di negeri ini bagi memastikan kemakmurannya dapat dinikmati oleh setiap rakyat Johor,” katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan bantuan tahunan bernilai RM10,000 setiap satu kepada 23 tokong dan NGO di kawasan ini.

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button