Ekonomi

Jakel memahami ekonomi semakin naik, tawarkan baju raya paling murah dengan kualiti terbaik!

GEDUNG tekstilJakel, memahami kesedaran ekonomi yang semakin meningkat ditambah dengan anak-anak mula bersekolah, kini menawarkan pakaian dan kelengkapan sempena meraihkan Aidilfitri dengan harga lebih rendah.

 

Ia selari dengan moto kempen bergaya sambil berjimat dengan rekaan terkini dari pelbagai usia, Jakel juga telah menyediakan stok baju melayu sebanyak 3 juta pasang di seluruh Malaysia berbanding tahun sebelumnya.

Corak pilihan keluarga dari design terkini Jakel

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, kesemua koleksi pakaian siap tahun ini bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak yang d pihaknya adalah berteraskan trend terkini hasil sentuhan pereka dalaman Jakel sekali gus diyakini mampu memenuhi cita rasa pelanggan masa kini.

 

“Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju Melayu yan in ditawarkan pada tahun lalu iaitu pada RM180 kini diturunkan kepada RM150 sepasang, selain pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma atau samping berkualiti berteraskan kain eksklusif atau boleh menukar dengan kurta.

 

“Malah bagi koleksi perempuan sedia dipakai ditawarkan serendah RM99 sah dengan ratusan corak dan warna terkini 2024,” katanya sempena pelancaran Sakan Bersama Jakel 2024 di Jakel Mall pada Jumaat lepas.

 

Bagi penggemar pakaian sedondon, Jakel turut menyediakan KOMBO sedondon khusus bagi keluarga dan pasangan.

 

Tahun ini juga Jakel menawarkan pelbagai pilihan baju kanak-kanak perempuan dan bermula dari peringkat bayi hingga ke usia 14 tahun pada harga amat berpatutan be pada RM49 sepasang.

 

Selain koleksi pakaian, Jakel turut menawarkan diskaun bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan lain kami yang sudah popular sebagai pusat sehenti.

 

Selain promosi baju Melayu Raya Sakan, pelanggan berpeluang mendapatkan pelbagai varieti kurta pada harga serendah RM39, kemeja serendah RM59 serta baju kanak-kanak serendah RM29.

 

Dalam masa yang sama Jakel turut mengeluarkan baju Batek kerana melihat seruhan kerajaan Malaysia mengalakkan khusus sektor tersebut memakai pakaian itu.

 

Jualan promosi Raya Sakan itu membabitkan seluruh cawangan Jakel negara bermula 9 Mac hingga ke malam Raya.

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button