Ekonomi

Jakel lancar Kempen Raya Sakan 2024 bergaya sambil berjimat

GEDUNG tekstil terkemuka negara, Jakel, melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula hari ini.

Selari dengan moto kempen tahun ini bergaya sambil berjimat ,Jakel menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kesemua koleksi pakaian siap tahun ini bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditawarkan pihaknya adalah berteraskan trend terkini hasil sentuhan pereka dalaman Jakel sekali gus diyakini mampu memenuhi cita rasa pelanggan masa kini.

“Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju Melayu yang sebelum ini ditawarkan pada tahun lalu iaitu pada RM180 kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang, selain pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau samping berkualiti berteraskan kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini.

“Malah bagi koleksi perempuan sedia dipakai ditawarkan serendah RM99 sahaja sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini 2024,” katanya sempena pelancaran kempen Raya Sakan Bersama Jakel 2024 di Jakel Mall, di sini hari ini.

Menurutnya, bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan sepanjang promosi sebulan itu, Jakel menyediakan stok baju melayu sebanyak 3 juta pasang di seluruh Malaysia jauh lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.

“Tidak ketinggalan, bagi penggemar pakaian sedondon, Jakel turut menyediakan koleksi KOMBO sedondon khusus bagi keluarga dan pasangan .

“Tahun ini juga Jakel menawarkan pelbagai pilihan baju kanak-kanak perempuan dan lelaki bermula dari peringkat bayi hingga ke usia 14 tahun pada harga amat berpatutan bermula pada RM49 sepasang.

“Bukan itu sahaja, selain koleksi pakaian, Jakel turut menawarkan diskaun sehingga 85% bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan lain-lain di gedung kami yang sudah popular sebagai pusat sehenti,” ujarnya.

Tambah Mohamed Faroz, selain promosi baju Melayu Raya Sakan, pelanggan turut berpeluang mendapatkan pelbagai varieti kurta pada harga serendah RM39, kemeja lelaki serendah RM59 serta baju kanak-kanak serendah RM29.

“Apapun, para pelanggan tidak perlu risau tentang parkir di Jakel Mall, kerana kami menyediakan lebih 2000 ruang, selain surau dan tandas khusus untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan,” katanya.

Katanya, jualan promosi Raya Sakan itu membabitkan seluruh cawangan Jakel seluruh negara bermula 9 Mac hingga ke malam Raya.

“Ingat raya ingat Jakel, singgah Jakel barulah raya,” tambahnya. – SM

Artikel berkaitan > Koleksi Lebaran 2024 ‘1001 Tales Of Ariani’ serlahkan inovasi dan kreativiti dalam industri fesyen tempatan

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button