Nasional

3,800 hamper diagih kepada veteran tentera sempena Ramadan

Kerjasama Bantu-Bantu Malaysia dan Country Heights Holding Berhad

PEJAM celik, pejam celik, bulan Ramadan semakin menghampiri penghujungnya. Sebelum Ramadan berlalu, masih belum terlewat untuk membuat sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada para veteran tentera yang pernah mencurahkan khidmat bakti kepada tanah air.

Tangan yang menghulur 3,800 unit hamper kepada Persatuan Veteran Tentera Udara DiRaja Malaysia tidak lain dan tidak bukan, Pengasas Country Heights Holdings Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew.

Majlis penyampaian Bantu-Bantu Malaysia disempurnakan siang tadi dan pihak persatuan sebagai wakil, akan mengagih-agihkan hamper-hamper dalam kalangan para veteran tentera khususnya dalam kalangan B40.

Hamper juga akan diagih-agihkan kepada bukan pesara tentera.

Hadir sama, Jeneral (B) Tan Sri Rodzali Daud, Presiden Brigeder Jeneral (B) Datuk Abdullah Mohamed, Timbalan Presiden Persatuan Veteran Tentera Udara DiRaja Malaysia.

Kerjasama di antara Country Heights Holdings dengan Persatuan Veteran Tentera Udara DiRaja Malaysia tidak akan berhenti hari ini, sebaliknya usaha sama ini akan diteruskan dengan menyalurkan sumbangan kepada para veteran tentera selepas Hari Raya Aidilfitri, kata Kim Yew.

Menurut Kim Yew, beliau berhasrat untuk melancarkan Bantu-Bantu Malaysia, sebuah pertubuhan bukan berkeuntungan sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu ekoran wabak COVID-19 yang melanda negara.

“Merenung dan memahami Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, saya percaya ia adalah penawar bagi rakyat Malaysia untuk sama-sama akur dan mempraktikkan apa yang diarahkan dalam situasi COVID-19.

“Kita sama-sama diuji dan hari ini, saya merasa amat gembira kerana berpeluang untuk berkolaborasi dengan Persatuan Veteran Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Gabungan Suara Veteran untuk sama-sama menghulur bantuan 3,800 unit pertama hamper yang terdiri daripada barangan keperluan asas,” katanya.

Beliau berkata, menyedari hakikat berada di ambang Syawal dan kekangan masa, usaha ini akan pasti akan diteruskan selepas Hari Raya. – SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button