Ekonomi

RM5 juta dari MPBPP untuk bantu Bumiputra miliki kediaman di Pulau Pinang

DEMI membantu Bumiputra untuk memiliki rumah kediaman sendiri, Majlis Pembangunan Bumiputra Pulau Pinang (MPBPP) telah bersetuju dengan cadangan penambahbaikan terhadap skim Tabung Perumahan Bumiputra Pulau Pinang.

Sebanyak RM5 juta dana bagi menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan Bumiputra di Pulau Pinang menerusi MPBB yang akan diuruskan oleh Co-opbank Pertama (CBP) selain itu skim pembiayaan perumahan ini juga ditambah baik dengan had pendapatan isi keluarga pemohon dinaikkan kepada maksima RM12,000 sebulan dari RM3,000 sebulan sebelum ini.

“Jumlah had pembiayaan hartanah juga telah dipersetujui dinaikkan kepada RM300,000 dari RM200,000. Kenaikan jumlah had pembiayaan ini sedikit sebanyak dapat membuka pilihan kepada para pelanggan dalam memilih bentuk kediaman yang bersesuaian dengan keperluan mereka. CBP sebagai sebuah bank koperasi yang mula bertapak di Pulau Pinang, amat berbesar hati dengan mandat yang telah diberikan oleh MPBPP bagi menjayakan skim pemilikan perumahan Bumiputera ini” tambah Khairil Anuar Mohammad Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif CBP.

Terdahulu, MPBPP telah memperuntukkan sebanyak RM14.59 juta kepada CBP yang di operasikan secara dana pusingan (rolling-fund) dan disalurkan secara berperingkat iaitu sebanyak RM5 juta pada 2012 serta RM9.59 juta pada Mac 2014 dengan jumlah penerima manfaat ini melebihi 300 orang Bumiputera setakat ini.

Orang ramai boleh membuat permohonan di semua cawangan CBP di Pulau Pinang bermula 1 Julai 2024 dan permohonan ini hanya terbuka kepada Bumiputera dan terhad bagi pembiayaan hartanah di Pulau Pinang sahaja.

Artikle Berkaitan :>

CBP Pertama jalin kerjasama bersama Angkasa

CBP tawar pembiayaan rumah berkonsep Murabahah Tawarruq

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button