Ekonomi

CBP Pertama jalin kerjasama bersama Angkasa

Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CPB) menjalinkan kerjasama dengan ANGKASA untuk menawarkan pembiayaan kepada kakitanga ANGKASA dan juga koperasi.

Menerusi kerjasama ini, CBP bakal menawarkan pakej pembiayaan peribadi kepada kakitangan ANGKASA pada kadar yang istimewa khas bagi kakitangan ANGKASA dengan pembayaran balik menerusi Potongan Gaji Majikan (PGM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CBP Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar kakitangan ANGKASA akan menikmati kadar pembiayaan peribadi yang rendah setanding dengan kadar yang ditawarkan kepada kakitangan awam.

Serta menawarkan pakej istimewa memberi kelebihan kepada kakitangan ANGKASA dalam mendapatkan pembiayaan pada kadar yang lebih rendah berbanding institusi-institusi kewangan yang lain.

“Pembayaran balik secara pelarasan ini akan memudahkan pihak CBP dalam mendapatkan bayaran balik daripada koperasi kerana tarikh pembayaran oleh ANGKASA akan diselaraskan kepada satu (1) tarikh sahaja pada setiap bulan berbanding cara pembayaran sekarang di mana tarikh bayaran adalah bergantung kepada tarikh proses bayaran perbendaharaan majikan peminjam kepada ANGKASA. 7.

Ketua Pegawai Kewangan CBP, Nor Aznizam Nor Azmi (2 dari kanan) menukar dokumen kerjasama bersama, Mohamad Darulnizam Mat Darus, Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Pembangunan Kewangan ANGKASA (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Puan Hajah Nor Hidayah Omar, Timbalan Pengerusi CBP (3 dari kiri) dan Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA (3 dari kanan)

“Kerjasama ini dilihat bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada CBP, tetapi juga kepada kakitangan ANGKASA dan koperasi yang mendapatkan pembiayaan daripada CBP,”katanya menerusi menerusi satu kenyataan.

Tambahnya lagi, kerjasama ini dapat meluaskan lagi capaian sasaran pelanggan CBP yang tidak hanya melibatkan individu, tetapi juga koperasi di negara ini.

Melalui kerjasama ini juga ANGKASA juga telah bersetuju untuk melaksanakan pembayaran balik potongan gaji kepada CBP melalui proses pelarasan (knock-off) melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Artikle Berkaitan :>

Elak beban hutang dan pinjam ‘ah long’, Co-opbank Pertama pilihan tepat

 

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button