Ekonomi

Elak beban hutang dan pinjam ‘ah long’, Co-opbank Pertama pilihan tepat

PASTI ada alternatif lain yang lebih terjamin bagi mereka yang ingin mengelakkan bebanan hutang ataupun terjerat dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau ‘ah long’. Orang ramai pada ketika ini mempunyai lebih banyak pilihan selamat yang ditawarkan, tetapi harus bijak dan jangan terus tangkap muat.

Co-opbank Pertama atau ringkasnya CBP sedia menawarkan khidmat pembiayaan secara individu atau koperasi dan juga syarikat korporat.

“Dengan pelbagai tawaran pembiayaan yang ditawarkan, CBP dapat membantu orang ramai daripada terjerat dengan pinjaman daripada ‘ah long’. Bahkan rata-rata mereka yang menggunakan khidmat bank itu menyelesaikan masalah hutang.

“Pembiayaan yang ditawarkan juga dilihat memberi banyak kelebihan kepada kepada orang ramai kerana ia patuh Syariah, Tawarruq dan selamat.

“Malah kadar keuntungan yang ditawarkan adalah serendah 0.71 peratus sebulan sehingga 8.5 peratus setahun,” kata CBP menerusi kenyataan diberikan.

Selain daripada pembiayaan ditawarkan seperti bank lain, bank itu juga turut menawarkan pembiayaan menerusi gadaian emas ataupun Ar Rahnu sehingga RM350,000.

“Menerusi pembiayaan Ar Rahnu ini, ditawarkan kadar pembiayaan sehingga 75 peratus daripada nilai emas semasa selain daripada tempoh bayaran yang lebih fleksibel. Bahkan turut menerima pelbagai jenis barangan kemas yang mempunyai mutu 750 sehingga 999 seperti jenis berbatu, kepingan emas, wafer emas, syiling emas dan lain-lain,” kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan produk perbankan yang ditawarkan boleh berkunjung ke 28 buah cawangan CBP di seluruh negara atau layari www.cbp.com.my. CBP secara ringkasnya adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan pada 7 Jun 1950.

Ia diiktiraf sebagai Bank Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2014. – SM

(Visited 1,000 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button