Travel

Jom meriahkan KL Prosperity Walk sempena Chap Goh Mei

BAGI meraikan perayaan Chap Goh Mei dan menyatukan komuniti Bukit Bintang (NBBC) bakal mengajurkan Kuala Lumpur Prosperity Walk buat kali ke-3 bersama Persatuan Pelancongan BBKLCC pada 24 Februari ini.

 

Acara ini merupakan identity bagi Kawasan Bukit Bintang dengan semangat FAME iaitu akronim untuk Festival [F], Seni & Budaya [A], Muzik & Tarian [M], Elektronik & lain-lain [E], yang menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial-ekonomi setempat.

Sambutan pada tahun ini lebih bermakna dengan sokongan berterusan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyenaraikan Kuala Lumpur Prosperity Walk sebagai sebahagian daripada aktiviti rasmi sambutan Tahun Baharu Cina.

 

Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang akhbar hari ini yang dipengerusikan oleh dua Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Encik Lai Chen Heng dan Cik Carmen Leong. Mereka berdua juga merupakan penaung kepada jawatankuasa penganjur Kuala Lumpur Prosperity Walk, yang merupakan laluan sepanjang 4.3 kilometer dan mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan berjalan kaki.

 

Pada 24 Februari 2024, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Kamarulzaman Mat Salleh akan merasmikan upacara pelepasan (flag-off) Kuala Lumpur Prosperity Walk di Dataran Merdeka pada jam 5.15 petang. Laluan utama merangkumi pelbagai mercu tanda ikonik Bukit Bintang, dan ini termasuk Pasar Seni, River of Life (RoL), pusat membeli-belah komuniti GMBB, Hotel Federal, Lot 10, Plaza Low Yat, Sungei Wang, Berjaya Times Square, dan berakhir di Lalaport.

 

Di sepanjang perjalanan, para peserta juga akan melalui kawasan ikonik lain, termasuklah Jalan Petaling dan Jalan Alor. Tarian naga dan singa turut akan dipersembahkan untuk hiburan pengunjung pada majlis pelepasan, manakala pakaian kostum berwarna-warni dan persembahan muzik akan mengiringi peserta di sepanjang laluan, yang mempamerkan keunikan intipati dinamik bandaraya.

 

Laluan kedua juga disediakan yang merupakan laluan lebih pendek berbanding laluan utama. Dengan hanya sejauh 1.4 kilometer, laluan ini akan mengambil masa kira-kira 30 minit berjalan kaki. Bermula di kawasan air pancut Pavilion KL, ia akan membawa peserta melalui pelbagai mercu tanda seperti Starhill, Fahrenheit 88 dan Lot 10, dan laluan kedua ini akan bergabung dengan laluan utama di Menara Hai O di Jalan Bukit Bintang. Para peserta akan menamatkan perjalanan di Lalaport dan bakal disambut oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, YB Tiong King Sing.

 

Bercakap bagi pihak NBBC, Encik Jack Lim, Pengerusi Penganjur NBBC, mezahirkan rasa terima kasih ke atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pihak berkuasa tempatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). “NBBC amat bersyukur dan berterima kasih di atas sokongan daripada pihak berkuasa tempatan dan pelbagai NGO. KL Prosperity Walk adalah cerminan kepada keharmonian jalinan tradisi dan kemodenan yang mentakrifkan Bukit Bintang. Acara pada tahun ini menyasarkan kepada pembangunan ekonomi, merangsang pemerkasaan komuniti, dan meningkatkan kelestarian alam sekitar. Terdapat begitu banyak perkara untuk diterokai di sini, dan kami menjemput semua orang untuk menyertai kami untuk bersama meraikan kedinamikan budaya komuniti setempat.”

 

Encik Ng Yih Chen, Pengerusi Persatuan Pelancongan BBKLCC dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur KL Prosperity Walk menambah, “KL Prosperity Walk ini bukan hanya sekadar untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Ia juga untuk meraikan sumbangan komuniti setempat dalam pembangunan fabrik sosial Kuala Lumpur. Dalam dua acara yang lalu, kami telah membawa sumbangan yang memperkasakan masyarakat setempat. Kami berhasrat untuk mengulangi kejayaan yang sama pada tahun ini, dan itu hanya boleh dilakukan dengan sumbangan dan sokongan daripada para penyumbang, penaja dan rakan kongsi kami.

 

Rakan kongsi dan rakan penaja utama acara ini termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), MPP Bukit Bintang, Rukun Tetangga – KRT, BBKLCC, Fahrenheit 88, Lot 10, Pavilion KL, Plaza Low Yat, Sungei Wang Plaza, Suria KLCC, The Starhill, Pasar Seni, GMBB, Berjaya Times Square, Lalaport, Muzium Bandar (UR-MU) dan TS Law Land. Kereta dan motosikal rasmi untuk acara ini disediakan oleh rakan penaja iaitu Sime Darby Motors.

 

Selain dari itu, lain-lain penaja, penyumbang dan penyokong adalah World Dragon dan Lion Dance Extravaganza Sdn. Bhd., ⁠Persatuan Peniaga Kecil Jalan Alor, ⁠KL Society, ⁠VIDA Bukit Ceylon, ⁠MOV Hotel, ⁠Lions Club Kuala Lumpur selaku Hos dan ⁠Asia Pacific University (APU).

 

Selain KL Prosperity Walk, NBBC & BBKLCC turut menyusun kalendar acara tahunan yang menawarkan pelbagai peluang untuk penglibatan orang ramai.

Artikle Berkaitan :>

Asean Festival memperkenalkan budaya dan makanan

Tourism Malaysia lancar Miss Shophia Coffee Experience & Miss Shophia Go Pesta Kopi Extended 2023

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button