Ekonomi

Rizman Ruzaini Raya 2024 Couture & Capsule Collection, Helaian Mewah Sempurna Syawal

REKAAN Raya yang sentiasa ditunggu, menantikan apakah trend Syawal yang dibawakan Rizman Ruzaini untuk koleksi Couture dan Capsule Raya 2024 ini ? Dan, penantian itu pastinya berbaloi buat pengikut setia mereka apabila hasilan yang dipertontonkan kepada umum semalam ternyata membawa RR Royalties larut dalam gaya mewah menawan dan setiap satu rekaan menyerlahkan identiti Rizman Ruzaini itu sendiri.

Mengimbas kembali momen gemilang Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week yang disertai mereka tahun lalu, maka koleksi Raya 2024 Couture Collection ini mengadaptasi semula koleksi Musim Bunga/Panas 2024 yang diketengahkan di sana.

Berinspirasikan kisah Seri Gumum – cerita rakyat tentang seekor naga yang pernah menjelajah perairan gelap Tasik Chini yang indah.

Tintaan manik, perincian batuan Swarovski dan labuci yang mempesonakan dilhamkan daripada sisiknya yang kemilau, manakala warna utama yang dipilih adalah daripada rona kebiruan, hijau, jingga gelap, perang, kekelabuan dan warna signatur Rizman Ruzaini, hitam pekat untuk menitipkan elemen ketenangan, beridentiti yang disesuaikan untuk gaya Lebaran yang anggun dan mempesona.

Penggunaan material seperti Krep and Sifon memberikan potongan kurung ini terletak sempurna dan tampak mahal.

Selain seleksi Couture Collection tersebut, untuk tahun ini, Rizman Ruzaini turut menampilkan Raya 2024 Capsule Collection.

Berbeza dengan Couture Collection, helaian untuk koleksi Capsule ini lebih bersifat effortless, simple dengan mainan renda, krep bersama potongan anggun dan malar segar yang sememangnya menjadi DNA Rizman Ruzaini selama ini.

Rekaan ini dicipta bersesuaian untuk wanita moden hari ini yang mahukan gaya tradisi dengan sentuhan kontemporari yang boleh digayakan lebih dari sekadar ‘baju raya’.

Dan, untuk koleksi ini, Rizman Ruzaini telah melantik selebriti dan pempengaruh terkenal, Azira Shafinaz sebagai muse mereka.

Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, pemilihan dibuat atas beberapa faktor yang dirasakan bertepatan dengan imej label Rizman Ruzaini itu sendiri.

Azira seorang figura yang punya kecantikan tersendiri, berbakat besar sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara, sukses dan lambang wanita moden bercitarasa tinggi dengan jumlah pengikut lebih 1.2 juta di Instagram yang pastinya menjadikan beliau inspirasi ramai wanita di luar sana.

Semua koleksi ini boleh mula dilihat mulai 21 – 24 Febuari dari jam 10 pagi – 10 malam di Chairman Suite, JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur. Atau hubungi talian +601 25156317 untuk sebarang janji temu atau pertanyaan lanjut. – SM 

Artikel berkaitan > Nikmati pelbagai ganjaran bersama RR Royalty Program serta tawaran istimewa Koleksi Raya 2024

 

(Visited 545 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button