Travel

Asean Festival memperkenalkan budaya dan makanan

Bagi memperkenalkan tradisi dan budaya dari Asia, Gen Youth melaksanakan satu inisiatif, mengadakan Asean Festival di Lalaport BBCC bermula 30 sehingga 3 Disember ini.

Asean Culture Festival yang berlangsug di LaLaport BBC

Dalam pesta ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya, masakan, muzik kepada semua para pengunjung.

Acara akan lebih menarik pada 1 Disember, terdapat pelbagai persembahan dan pelancaran hari tanpa tunai.

Manakala pada 2 Disember akan menyampaikan anugerah Pembentangan Rekod bagi pencapaian Belia selain itu turut menampikan Peragaan Fesyen dan Persembahan Sulap oleh ALIS Academy Malaysia.

Antara Aktiviti Menarik.

1. ASEAN Market: Kira-kira 90 gerai, menawarkan pelbagai produk dan kraf dari negara-negara ahli, termasuk barangan unik, dan hidangan makanan dan minuman, dengan penjual dari negara-negara ASEAN yang terbang masuk untuk menyumbang kepada perayaan budaya ini.

2. ASEAN Travel Fair: Golden Destinations dan Suka Travel akan membentangkan Pameran ASEAN untuk Muslim dan bukan Muslim, menampilkan wakil-wakil dari pelbagai agensi pelancongan. Pengunjung dapat menerokai pelbagai package yang ditawarkan di rantau ini.

3. Pesta Muzik ASEAN: Pesta ini akan menyajikan pertunjukan budaya oleh kedutaan Malaysia, Thailand, Vietnam, dan Indonesia, termasuk tarian tradisional, Muay Thai, Tarian Tradisional Indonesia, Peragaan Fesyen, Persembahan Budaya Vietnam, dan konsert muzik sepanjang empat hari.

Para pengjung juga berpeluang menangi cabutan bertuah dan akan membawa pulang pekej percutian ke luar negara, terdapat juga hadiah lain menanti anda telefon Vivo, jam tangan Honor, peranti RAZER yang canggih, set wangi VANZO, baucar tunai produk fesyen FIPPER dan MILLIOT & CO, hirisan pizza US yang menggiurkan dan baucar, 2000 bungkus popcorn EUREKA, biskut THE FAMOUS AMOS yang menggoda dan baucar, gula-gula HIMALAYA yang menyegarkan, dan kek VANILLA MILLE CREPE yang eksklusif dan baucar, dan banyak lagi…

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.instagram.com/aseanfestival/

Artikle Berkaitan :>

Malaysia Hobby Expo 2023 sedia terima kecaman

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button