NasionalNegeri

UniMAP optimis teruskan transformasi sistem TVET – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus optimis untuk mentransformasi sistem pendidikan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara berterusan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan majlis Menandatangani Tempoh Lanjutan MOU antara UniMAP diwakili Zaliman Sauli dan Krzystof Jozwik mewakili Lodz University Of Technology dari Poland di Ruang Pejabat Naib Canselor UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra baru-baru ini.

Baginda bertitah, ini selari dengan matlamat UniMAP yang merupakan antara universiti di negara ini yang memainkan peranan utama dalam mengarus perdanakan TVET.

“Usaha bagi mengangkat dan memartabatkan pendidikan TVET di Malaysia ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak khususnya pemain industri bagi sama-sama menyediakan program yang berkualiti dan relevan serta memenuhi kehendak pasaran,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Canselor UniMAP bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyaksikan Majlis Menandatangani Tempoh Lanjutan Perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Lodz University Of Technology dari Poland di Ruang Pejabat Naib Canselor UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cederamata dari Krzystof Jozwik selepas majlis Menandatangani Tempoh Lanjutan MOU antara UniMAP dan Lodz University Of Technology dari Poland di Ruang Pejabat Naib Canselor UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Rektor Lodz University Of Technology, Prof. Dr. Krzystof Jozwik yang menandatangani bagi pihak universiti masing-masing.

Turut hadir, Dekan Fakulti Kimia, Prof Dr Malgorzata Iwona Szynkowska-Jozwick dan Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsanya, Dr Dorota Piotrowska.

Perjanjian kerjasama yang asalnya ditandatangani sempena lawatan khas Raja Muda yang mengetuai delegasi UniMAP ke Poland pada tahun 2018.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat ke majlis Menandatangani Tempoh Lanjutan MOU antara UniMAP dan Lodz University Of Technology dari Poland di Ruang Pejabat Naib Canselor UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra baru-baru ini.

Ia telah terbukti berjaya memberi manfaat dari segi dapat meningkatkan penyeliaan pelajar pascasiswazah luar negara, meningkatkan keterlihatan dan mempromosi penyelidikan di peringkat antarabangsa, meningkatkan kualiti penerbitan universiti dan memberi pengalaman dan ilmu baru kepada pelajar dan staf serta dapat meningkatkan kolaborasi bersama dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

Dengan temeterinya MoU ini, ia juga dapat menyumbang kepada ranking MyRA UniMAP sepanjang tempoh MoU ini terjalin dari segi kerjasama penyelidikan, penerbitan serta mobiliti staf dan pelajar. – SM

BACA UniMAP lakar sejarah terima Anugerah Malaysia’s Best for Professional TVET Certification

(Visited 51 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button