Ekonomi

CBP catat keuntungan RM12O.43

Co-opbank Pertama (CBP) terus mempamerkan prestasi kewangan cemerlang
dengan mencatatkan keuntungan sebanyak RM120.43 juta bagi tahun kewangan
berakhir 31 disember 2023.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM17 juta atau 16.43% berbanding
RM103.43 juta pada tahun 2022 dan yang tertinggi dalam sejarah CBP.

Dalam masa yang sama, dana pemegang syer CBP juga meningkat sebanyak
RM500 juta pada tahun 2023 dimana ianya membantu pertumbuhan aset yang
memberangsangkan iaitu sebanyak RM10.8 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2023.

“Pembukaan semula syer yang dibuka semula kepada orang ramai bermula 1
Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023 telah menerima sambutan hangat
daripada orang ramai dan ini menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap CBP.

“CBP akan turut memperkenalkan beberapa produk baharu seperti Akaun SalamBiz
kepada industri kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat korporat pada suku
pertama 2024 dan beberapa produk lain seperti pembiayaan mikro, sewa beli dan
beberapa produk lain kepada orang ramai,” kata Khairil Anuar Mohammad Anuar,
Ketua Pegawai Eksekutif CBP menerusi satu kenyataan.

Khairil Anuar turut berkata, Antara produk yang telah diperkenalkan CBP COSTART
untuk membantu koperasi-koperasi kredit selari dengan Dasar Transformasi
Koperasi Malaysia (TRANSKOM).

Tambahnya lagi, CBP juga mencatatkan Pembiayaan Tidak Berbayar (PTB) yang
terendah iaitu sebanyak 1.5% bagi tahun kewangan 2023.

Khairil Anuar turut berkata, pengenalan perbankan digital yang akan diperkenalkan
pada akhir suku pertama 2024 akan dapat mengukuhkan lagi jenama CBP kepada
orang ramai.

Tambahnya lagi, selain daripada produk pembiayaan dan perkhidmatan yang
ditawarkan, CBP akan mengukuhkan lagi pertumbuhan kewangannya sebanyak
20% menerusi terbitan sukuk pada suku keempat 2024.

Artikle Berkaitan :>

CBP Pertama jalin kerjasama bersama Angkasa

CBP tawar pembiayaan rumah berkonsep Murabahah Tawarruq

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button