Politik

Adhif Syan digantung jawatan Ketua Armada Selangor sehingga kes selesai

AHLI Dewan Undangan Negeri Dengkil Adhif Syan Abdullah yang dikaitkan dengan kes dadah beberapa hari lalu digantung jawatan sebagai Ketua Armada Selangor berkuat kuasa serta-merta.
Pengumuman tersebut dibuat Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

Syed Saddiq berkata, Majlis Ketua Armada Nasional memutuskan penggantungan itu berterusan sehingga siasatan polis berkaitan kes dadah itu selesai.

“Saya mengambil serius dengan isu penahanan beberapa pegawai oleh pihak polis. Sebaik sahaja dimaklumkan dengan berita ini, saya telah arahkan pegawai Kementerian yang terlibat untuk digantung tugas sementara siasatan dimuktamadkan.

“Saya akan sentiasa menghormati prinsip Rule of Law. Jika mana-mana individu terlibat dengan salah laku, laporlah kepada pihak berkuasa kerana semua tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira jawatan dan status. Termasuklah saya,” kata Menteri Belia dan Sukan itu.

.Turut digantung jawatan ialah Penolong Setiausaha Armada Nasional Ahmad Redzuan Shafi.

Pada Isnin lepas, Adhif Syan, dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi. Kesemua mereka ditahan pada jam 4.45 pagi di sebuah kondominium di Jalan Puchong.

Siasatan mendapati daripada 17 individu berkenaan, hanya seorang negatif dalam ujian dadah.-SM

 

 

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button