Nasional

Tayar meletup punca monorel terbakar

KEBAKARAN melibatkan gerabak monorel di Stesen Monorel Maharajalela pagi tadi dilaporkan berpunca daripada tayar tren tersebut yang meletup.

Pengendali perkhidmatan laluan monorel, Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, tekanan angin tayar yang rendah menyebabkan daripada 64 tayar gerabak tersebut meletup.
“Tiada penumpang yang cedera kerana semua selamat diturunkan di Stesen Maharajalela sebelum kebakaran itu berlaku kira-kira 7.15 pagi ini.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba pada pukul 7.25 pagi dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.56 pagi,” katanya.
Jelasnya, perkhidmatan tren ulang-alik (alternate train shuttle service) diaktifkan pada pukul 7.38 pagi untuk perkhidmatan antara Stesen Titiwangsa dan Stesen Hang Tuah.
Ujarnya, pada masa yang sama, perkhidmatan van perantara percuma turut disediakan untuk membawa penumpang antara Stesen Monorel KL Sentral, Tun Sambathan dan Maharajalela.
“Tren berkenaan ditunda keluar daripada Stesen Maharajalela pada jam 10.59 pagi ke Depoh untuk siasatan lanjut. Para penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon bayaran balik yang boleh dituntut di semua kaunter Monorel KL,” katanya.
Tambahnya, Rapid KL kesal dan memohon maaf atas insiden berkenaan dan kesulitan yang berlaku. -SM
(Visited 324 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button