Nasional

PM Sihat selepas terima vaksin Rabu lalu

SELEPAS menerima suntikan vaksid Covid-19 pada Rabu lalu, Perdana Menteri.  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berada dalam keadaan sihat dan bekerja seperti biasa.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa vaksin itu selamat untuk dirinya dan selamat untuk rakyat.

“Saya telah mengambil vaksin dos pertama dan alhamdulillah, cuba lihat saya. Saya sihat, sudah bekerja seperti biasa, makan pun seperti biasa, selera pun macam biasa.

“Vaksin ini saya kira adalah selamat untuk saya dan insya-Allah, ia juga selamat untuk anda semua.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua dilindungi daripada sebarang mudarat dan diberikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang berkekalan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, hari ni. -SM

(Visited 22 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button