Nasionalpilihan

7 selebriti dikompaun kerana tidak pakai pelitup muka, Caprice dikompaun RM10,000

Penyanyi Iman Troye dan pelakon Mawar Rashid antara tujuh selebriti yang dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 selepas didapati gagal memakai pelitup muka ketika Majlis berbuka puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel pada 29 April lalu.

Manakala, empat lagi selebriti ialah pasangan penyanyi adik beradik, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, pelakon, Nurin Afiqah dan Raff Yaakob iaitu suami kepada Mawar turut sama dikenakan kompaun sama.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Ariz Ramli atau Caprice daripada Syarikat Rindu Raudah Sdn. Bhd. selaku penganjur pula dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

“Dia(Caprice) dikenakan kompaun kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang majlis tersebut berlangsung. Semua yang terlibat telah di kompaun semalam dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM19,000.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menasihati orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Terdahulu, polis mengesahkan membuka kertas siasatan terhadap penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Hotel Westin di sini.

Zainal Abdullah berkata, pihak polis sudah mengambil keterangan empat individu terdiri daripada tiga penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel.

“Hasil penelitian mendapati wujudnya pelanggaran SOP penganjuran majlis sosial dengan tiada penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter bagi setiap individu,” katanya.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 21 A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkag-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021.

Antara artis yang hadir adalah penyanyi rap terkenal, Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz. -SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button