Luar Negara

Helikopter M1-17 Tentera Indonesia terhempas, empat terbunuh

EMPAT anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh, selepas helikopter MI-17 milik TNI, terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal, di Jawa Tengah.

Dalam kejadian 1.40 petang tadi itu, helikopter berkenaan dinaiki sembilan anggota TNI, dalam misi latihan penerbangan.

“Lima lagi cedera dalam kejadian itu,” kata Ketua Penerangan TNI Brig Jeneral Nefra Firdaus, dalam satu kenyataan hari ini.

Punca kejadian nahas helikopter buatan Russia itu, masih dalam siasatan. – BERNAMA

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button