Ekonomi

SNS Network diikitiraf rakan strategik perusahaan perniagaan Samsung

IPOH 14 April – SNS Network (M) Sdn Bhd, penyedia sistem dan penyelesaian ICT terkemuka, telah dianugerahkan pengiktirafan “Rakan Strategik Perniagaan Perusahaan (Segmen Pendidikan)” pada 7 April 2023 oleh Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd.

Anugerah ini mengiktiraf komitmen Kumpulan untuk memajukan pendidikan melalui teknologi selain kerjasama dengan Samsung Malaysia dalam pelbagai projek. Pengiktirafan ini menyerlahkan usaha dan dedikasi Kumpulan untuk mempromosikan pendidikan digital.

Menurut SNS, pemberian tablet kepada pelajar merupakan langkah yang perlu ke arah mencapai pendigitalan dalam pendidikan. Peranti ini menawarkan pelbagai ciri canggih yang dapat meningkatkan proses pembelajaran dan mendedahkan pelajar kepada pelbagai pengetahuan.

Pengarah Eksekutif SNS, Kelvin Pah berkata, pihaknya berbesar hati menerima anugerah daripada Samsung Malaysia, ini menunjukkan komitmen bersama untuk meningkatkan pendidikan melalui teknologi.

“Bekerjasama dengan Samsung Malaysia dalam inisiatif untuk menyediakan tablet kepada pelajar boleh meningkatkan celik digital dan menggalakkan pelajar membiasakan diri dengan teknologi yang berguna untuk masa depan mereka. Kami percaya kerjasama kami dengan Samsung Malaysia akan membuka jalan bagi pendekatan baharu dan inovatif terhadap pendidikan, dan kami berharap dapat bekerjasama untuk mengubah kehidupan pelajar di Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dengan bantuan tablet ini, pelajar boleh belajar dengan lebih berkesan dan cekap, kerana mereka boleh mengakses koleksi sumber pendidikan yang luas dan bahan pembelajaran interaktif. Ia juga menyediakan pelajar untuk permintaan teknologi masa depan.

Selain itu, dengan menggabungkan peranti digital ke dalam persekitaran pembelajaran, pelajar dapat mengembangkan kemahiran kritikal seperti penyelesaian masalah, celik digital, dan kebolehsuaian yang penting untuk berjaya dalam abad ke-21.

Sementara itu, Presiden Samsung Malaysia Denny Kim berkata, Samsung menghargai SNS kerana memilih kami sebagai rakan kongsi mereka untuk projek penting ini. Kami percaya bahawa objektif projek ini adalah untuk melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk menavigasi dunia yang semakin digital. – SM 

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button