fbpx
Luar Negara

Hasil karya seni Banksy dicuri

Polis Perancis tahan enam suspek

ENAM individu ditahan di Perancis kerana disyaki mencuri hasil karya seniman jalanan Britain, Banksy yang dilaporkan hilang dari dewan konsert Bataclan di Paris, kata sumber mahkamah semalam.

Memetik laporan ASTRO AWANI, karya dalam bentuk mural itu yang memaparkan seorang wanita berkerudung, ditemukan di sebuah rumah ladang di Itali awal bulan ini selepas dilaporkan hilang lebih setahun yang lalu.

Dua daripada mereka ditahan atas tuduhan mencuri manakala empat yang lain, disyaki bersubahat dan menyembunyikan kecurian.

Mural berkenaan dicat pada pintu kecemasan dan pencuri dipercayai menggunakan alat khas untuk mengalihkan dan membawanya masuk ke dalam van.

Bataclan yang merupakan salah sebuah venue konsert rock terkenal di Paris, pernah menjadi lokasi serangan bersiri kumpulan pengganas pada November 2015 yang mengorbankan 130 nyawa. – SM


Show More

Related Articles

Back to top button