NasionalPolitik

Peja ketuai rundingan dengan BN bentuk kerajaan negeri baharu

BEKAS Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang tewas sebagai calon pada PRU15 kelmarin, dikhabarkan sedang mengorak langkah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu di Perak.

Ahmad Faizal atau lebih popular dipanggil Peja yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak dijangka mengetuai perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menubuhkan kerajaan gabungan.

Memetik laporan FMT pagi ini, spekulasi berhubung peranan Peja, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi PN Perak Razman Zakaria berkata, pihaknya hanya mahu berunding dengan BN sahaja bagi menubuhkan kerajaan negeri yang baharu dan sekali gus menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Faizal yang mengulas pendek mengenai pertandingan di Tambun dengan Anwar Ibrahim, calon PH, beliau berkata, pertandingan mempertahankan Tambun dengan Anwar disifatkan sengit dan rancak.

“Saya harap Anwar akan memainkan peranannya sebagai Ahli Parlimen Tambun secara serius dan melihat kepada keperluan kawasannya. Ia merupakan kawasan Parlimen besar dan sentiasa memerlukan perhatian,” kata Faizal.

Untuk rekod, PN menang 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di mana 17 dikuasai PAS dan 9 dimenangi Bersatu. PH pula menang 24 kerusi, manakala BN menang sembilan (Umno 8 dan MCA 1).

Kerajaan negeri boleh dibentuk menerusi majoriti mudah, 30 kerusi. – SM

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button