Nasionalpilihan

Humban MP bantah kenaikan gaji pada PRU akan datang

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat supaya ‘menghumban’ mana-mana ahli parlimen yang menentang kenaikan gaji yang diumumkannya semalam pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Perdana Menteri berkata, beliau yakin kenaikan gaji penjawat awam yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2025 akan datang akan menerima ‘sokongan bergaya’ di Parlimen.
Katanya, pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh, sebaliknya perlu sabar menunggu perincian daripada kerajaan.
“Dia (pengkiritik) kata pengumuman Anwar untuk laksana (kenaikan gaji) pada 1 Disember, mana tahu Parlimen tak luluskan?
“Saya nak tanya Ahli Parlimen mana yang nak bantah kenaikan? Kalau dia bantah kita humban dia dalam pilihan raya akan datang.
“.Yang dikaitkan ialah kenaikan ini rendah (iaitu) 15 peratus kerana pernah (sebelum ini) mencecah 35 peratus. Sebab itu saya (kata), nak kritik boleh tetapi sabar dulu.. Jangan sombong dan angkuh, jangan dengki.
“Dengki itu kerana bila ada pengumuman baik, orang sambut baik… dan dia mesti cuba berhujah untuk mencemuh. Saya nak beritahu saudara, kalau kita tengok perincian keputusan ini, sebenarnya bagi kategori rendah, kenaikan itu antara 20 peratus sampai mencecah 40 peratus bagi kebanyakan pekerja awam.
“Maknanya sekarang ini kenaikan secara umum 15 peratus tetapi secara khusus bagi pihak (gred) rendah, kenaikan antara 20 peratus dan ada yang mencecah hampir 40 peratus,” katanya pada Khamis.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dokumen Terma Rujukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (MCBA) dan penguatkuasaan mengenai kawalan dan perlindungan sempadan negara dan Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI Tahun 2024, hari ini. – SM
(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button