Nasional

Saksi rakam video JPJ kasari penunggang motosikal diminta tampil bantu siasatan

POLIS meminta saksi yang merakam video kejadian penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa menggunakan kekerasan terhadap penunggang motorsikal, yang tular di media sosial, agar tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata saksi berkenaan boleh ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu atau mana-mana IPD atau balai polis berdekatan, untuk diambil keterangan.

“Dalam kejadian semalam kira-kira pukul 10.30 pagi yang berlaku di Kilometer 23, Jalan Lahad Datu-Sandakan, saksi berkenaan dipercayai merakam video berdurasi 45 saat yang memaparkan anggota JPJ melakukan kekerasan, dengan menendang penunggang motorsikal lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penunggang motorsikal berumur 20 tahun itu ditahan, selepas cuba melarikan diri dari sekatan jalan dan bertindak merempuh dua pegawai JPJ yang bertugas, sehingga pegawai berkenaan terpaksa menggunakan kekerasan untuk menahannya. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button