Nasional

Malaysia sedia beri bantuan teknikal kepada negara Komanwel

MALAYSIA bersedia memberikan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel.

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) di Marlborough House, London.

“Saya telah menekankan bahawa adalah tidak wajar pendekatan ‘satu saiz sesuai untuk semua’ digunakan dalam menggalakkan negara-negara mengamalkan prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia.

“Malaysia juga bersedia untuk memberikan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang memerlukan,” kata Zambry dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri hari ini.

BACA : Setiausaha Agung Komanwel adakan kunjungan hormat ke atas Dr Wan Azizah

Selain itu, mesyuarat itu juga membincangkan isu-isu kepentingan bersama, keadaan pelbagai negara anggota Komanwel, dan status permohonan Zimbabwe untuk menyertai semula Komanwel.

CMAG ditubuhkan pada tahun 1995 untuk melindungi prinsip dan nilai teras Komanwel. Kumpulan itu kini terdiri daripada Barbados, Belize, Kanada, Ghana, Malaysia, Malta, Mauritius, Rwanda, dan Samoa. Malaysia dilantik sebagai ahli CMAG pada 2018.

Zambry berada di London untuk mengetuai delegasi Malaysia menyertai tiga acara penting Komanwel di London, United Kingdom, dari Isnin (13 Mac) hingga Rabu (15 Mac). -SM

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button