Nasional

Loke akan jumpa Azam laporan salah laku kakitangan JPJ tak diendahkan

MENTERI Pengangkutan, Loke Siew Fook akan berjumpa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung laporan salah laku kakitangan yang dikatakan tidak diendahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, beliau perlu berlaku adil terhadap individu dinyatakan dalam pelbagai laporan salah laku yang difailkan SPRM.

“Saya tiada banyak maklumat mengenainya tetapi disebabkan agensi di bawah kementerian saya disebut, saya mahu berjumpa dengan (Azam) dahulu,” katanya dalam majlis rumah terbuka AIdilfitri kementeriannya seperti dilaporkan FMT.

Beliau berkata, dirinya dan kementeriannya akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

“Jika ada bukti kukuh berhubung salah laku itu, saya ingin tahu butiran setiap kes dan pegawai mana terlibat,” ujarnya.

Terdahulu, Azam dilaporkan berkata, SPRM masih menunggu tindakan susulan agensi kerajaan berhubung lebih 500 laporan salah laku yang sebahagiannya dikemukakan 12 tahun lalu. – SM

BACA Bukan semua berani lapor salah laku rasuah

BACA PAUTAN Ada antara agensi kerajaan buat bodoh laporan salah laku babitkan kakitangan

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button