EkonomiNasional

Penyertaan semula Bumiputera dalam sektor ekonomi antara fokus PPN 2.0 – Muhyiddin Yassin

PENYERTAAN semula semua golongan Bumiputera dalam perusahaan sederhana, kecil dan mikro (PKS) dalam sektor ekonomi antara fokus Pelan Pemulihan Nasional (PPN) 2.0. Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, mesyuarat akan datang akan melihat kesan pandemik Covid-19 terhadap kumpulan terbabit.

“Yang paling terjejas ialah sektor Bumiputera. Peniaga kecil sudah tidak berniaga manakala banyak kilang tidak beroperasi.

“(Mereka) ada masalah kewangan, masalah pekerja. Jadi, mesyuarat MPN akan datang akan melihat kesan pandemik Covid-19 kepada sektor bumiputera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Iftar Bersatu Alor Gajah pada Isnin (25 April).

Muhyiddin berkata antara masalah yang dihadapi golongan Bumiputera untuk kembali ke sektor ekonomi ialah bantuan kewangan, modal, aliran tunai, perbankan, tenaga kerja, latihan dan lain-lain.

“Jadi saya cuba gambarkan pemulihan, walaupun baru bermula tetapi banyak usaha perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasinya. Tetapi yang paling penting, kerajaan mesti bertindak proaktif mencari jalan supaya proses itu dilaksanakan dalam tempoh tertentu yang tidak terlalu lama,” katanya.

Pada Mac lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata PPN 2.0 sepatutnya luar biasa untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, selain meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Beliau mencadangkan kerajaan memulakan agenda PPN2.0 dengan cepat dengan dasar dan strategi tertumpu kepada pelaburan berkualiti, produktiviti tinggi, serta penciptaan dan pengembangan perdagangan. – SM

Baca juga artikel ini > Pelan Pemulihan Negara perlu dipercepat

Langgani saluran Telegram Suara Merdeka untuk berita terkini.

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button