Nasional

Individu yang terlibat dalam klip video Raya Aliff Syukri akan dipanggil SKMM

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik sempena Aidilfitri dikaitkan dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya pagi ini.

“SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bersama tetamu Majlis Iftar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) semalam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Iftar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) bersama MenKOMM (Menteri Komunikasi dan Multimedia) semalam.

Klip video raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontontan masyarakat lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

Annuar turut mengesahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima terlalu banyak aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung klip video itu.

Beliau berkata, keresahan itu timbul kerana klip video berkenaan mempunyai unsur tertentu yang bercanggah dengan amalan dan norma masyarakat negara ini. – SM

Baca juga artikel ini > Aliff Syukri tuduh netizen tidak tahu menilai seni

Langgani saluran Telegram Suara Merdeka untuk berita terkini.

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button