BeritaNasional

TH keluarkan surat tawaran haji kepada 14,306 bakal haji bermula semalam

Bakal haji dinasihat segera jawab surat tawaran

LEMBAGA Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran tunai haji kepada 14,306 bakal jemaah bagi musim haji 1443H/2022M mulai semalam, Isnin, 25 April 2022.

Pengarah Eksekutif Haji, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata bakal jemaah haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.

“Disebabkan kesuntukan masa, pihak kami mohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan” kata beliau.

Dato’ Sri Syed Saleh turut memaklumkan bahawa semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperolehi visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Para bakal haji terpilih perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH yang berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan serta mendapat suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun di klinik-klinik yang diiktiraf Kementerian kesihatan Malaysia. Bakal haji juga perlu melengkapkan dos pengalakan vaksin Covid 19,” tambah beliau.

“Bakal haji juga digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan iaitu Influenza dan Pneumococal sebelum berlepas untuk membina daya pertahanan badan semasa di Tanah Suci sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” nasihat Dato’ Sri Syed Saleh.

Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, para bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. – SM

Baca artikel ini juga > Kerajaan perlu kekalkan subsidi ibadah haji

Langgani saluran Telegram Suara Merdeka untuk berita terkini.

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button