Nasional

Kecederaan sendiri, bukan sebab dirompak

KESAN tompokan merah yang dipercayai darah di dalam ruangan mesin bank CIMB di Jalan SS2/60 Petaling Jaya, Selangor pada semalam bukan disebabkan kes rompakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.15 malam semalam.

“Siasatan awal mendapati memang terdapat beberapa tompokan merah dipercayai darah di dalam ruangan bank tersebut namun tiada saksi yang Nampak kejadian jenayah berlaku.

BACA> Tak perlu bimbang didakwa muat naik video di TikTok, YouTube

“Semakan rakaman kamera litar tertutup pula mendapati terdapat seorang lelaki dipercayai warganegara tempatan berusia lingkungan 60 ke 70 tahun telah memasuki bank tersebut.

“Selepas selesai melakukan transaksi, lelaki itu beredar dan terdapat tompokan darah di bawah bahagian kaki sebelah kanannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, pihaknya percaya lelaki itu telah mengalami kecederaan terlebih dahulu sebelum memasuki bank tersebut.

Ujarnya lagi, dia turut menafikan kononnya berlaku satu kejadian rompakan di dalam bank tersebut.

BACA> Peguam Sugu maklum laporan polis ditarik balik

“Kita minta orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai,” jelasnya.

Tambahnya, mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu boleh ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button