Nasional

Polis nafi tidak jalankan siasatan kes pecah rumah

Polis menegaskan sebuah status yang dimuat naik di Facebook yang mendakwa seorang penjenayah berkaitan kes pecah rumah dibebaskan dengan jaminan polis adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, tindakan pengguna Facebook yang menggunakan nama Miza Mohamad adalah tidak berasas sama sekali.

“Lelaki itu mendakwa rumahnya telah dipecah masuk semasa dia pulang ke kampung selama tujuh minggu iaitu sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Antara barang yang hilang ialah mesin basuh, televisyen, barang kemas, beberapa utas jam tangan pelbagai jenama dan penapis air.

“Miza Mohamad juga di dalam laporan polisnya menyatakan yang dia tidak tahu siapa yang menceroboh rumahnya,” katanya.

BACA> Pegawai Imigresen ditahan minta rasuah RM3,000

Menurut Nik Ezanee, susulan laporan tersebut pihaknya telah membuat serbuan pada 24 Mei lalu kira-kira pukul 12.45 tengah malam di Apartment Harmoni Damansara Damai dan menahan seorang lelaki.

Jelasnya, hasil soal siasat terhadap suspek telah mengaku memecah rumah mangsa dan menjual sebahagian barang yang dicuri.

“Kita turut menahan dua lagi suspek dan menemukan sebuah mesin basuh dan televisyen milik mangsa,”jelasnya.

Ujarnya, kesemua suspek teah direman selama enam hari bermula 15 Mei lalu.

PECAH RUMAH

Nik Ezanee berkata, pihak Timbalan Pendakwa Raya telah bersetuju untuk menuduh suspek pertama di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, dua lagi lelaki dijadikan saksi pendakwaan.

“Kita juga telah memaklumkan kepada angsa pada 10 Jun berkaitan status kes tersebut.

“Suspek kemudian telah dituduh pada 11 Jun lalu di Mahkamah Petaling Jaya dan mendapat jaminan mahkamah sementara menunggu kes dibicarakan pada 10 Ogos depan,” jelasnya.

Sementara itu, Miza Mohamad melalui akaun Facebooknya telah menuduh pihak berkuasa seperti tidak melakukan siasatan yang sepatutnya berkaitan kes tersebut. -SM

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close