HaiwanRencah Hidup

Harimau Putih hadapi pelbagai masalah kesihatan

Dakwaan mengatakan seekor Harimau Bengal Putih dilihat terlalu kurus dan kelaparan menerusi sebuah klip video berdurasi 0.22 saat yang tular di media sosial sejak Sabtu lalu di Zoo Melaka adalah tuduhan yang tidak berasas.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, Harimau Putih yang diberi nama Elsa itu sebenarnya menghadapi beberapa masalah kesihatan sejak berada di Zoo Melaka pada 2019.

Sapiah Haron mengadakan sidang akhbar berhampiran kandang menempatkan Elsa di Zoo Melaka, Ayer Keroh, Melaka.

Menurutnya, hasil pemantuan pasukan Veterinar mendapati Elsa mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti masalah tulang (bone deformities) skor badan rendah (low body score) dan tingkah laku.

“Tuduhan dan kenyataan yang menyatakan Elsa kelaparan adalah tuduhan tidak berasas dan mengecewakan kerana pemberian makanan kepada 300 spesis haiwan di sini direkodkan setiap hari.

“Bagi Elsa pula terpaksa melalui diet apabila hanya lima kilogram ayam diberikan setiap hari. Kalau berat badannya berlebihan ia tidak boleh berjalan.

“Perkara yang kita bimbangkan jika terlalu berat ia boleh menjejaskan tulang belakang dan punggung. Kalau kita lihat ia berjalan tidak sempurna.

“Selain itu Elsa menghadapi masalah rahang yang menyukarnya untuk makan,” ujarnya kepada pemberita di Zoo Melaka, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang satu klip video yang tular di media sosial oleh seorang pengunjung yang meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa seekor Harimau Putih Bengal dilihat terlalu kurus.

Klip video berdurasi 0.22 saat itu dikongsikan di platform TikTok oleh pengguna dengan nama Nurul Z yang meminta agar haiwan itu dipulangkan ke habitat asal.

Mengulas lanjut Sapiah berkata, Elsa yang dilahirkan di Zoo Sunway Lagoon sebelum berpindah ke Zoo Melaka pada 2019 sejak lahir menghadapi masalah kesihatan.

Harimau Bengal Putih yang diberinama Elsa menghadapi masalah kesihatan sejak berada di Zoo Melaka pada 2019.

Ujarnya, hanya Elsa sahaja menghadapi masalah kesihatan berbanding beberapa ekor harimau lain seperti Sofia, Damak dan Tommy yang dikategorikan obesiti oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka.

Katanya, sejak berada di Zoo Melaka haiwan itu dipantau rapi setiap hari oleh penjaga haiwan dan unit veterinar.

“Rutin harian terhadap Elsa menjalani pemeriksaan fizikal jika terdapat luka, keadaan kuku, bulu, berdalir asing, pemakanan dan pembersihan kandang,” ujarnya.

Katanya, selain pemeriksaan fizikal, pengambilan sampel-sampel yang dihantar ke makmal untuk disaring dan diuji untuk mengetahui penyakit yang mungkin dihadapi Elsa. – SM

BACA Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-17 pasangan panda gergasi

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button