NasionalParlimen

Speaker Dewan Rakyat letak jawatan

TAN Sri Azhar Azizan Harun meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat. Beliau mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang pada 19 Disember depan.

Menurut beliau, Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan, saya perlu mengosongkan kerusi pada tengah malam 18 Disember. Jadi, tiada Speaker sebelum dewan bersidang jam 10 pagi keesokan harinya,” katanya memetik laporan The Star.

Jelas beliau, Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil Ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat. – SM

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button