Nasional

4,275 kes baharu, 4,313 sembuh

KES baharu merekodkan jumlah yang tinggi hari ini iaitu 4,275 kes berbanding 3,631 kes semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 1,421 kes berbanding 782 kes semalam. Diikuti Kuala Lumpur – 548 kes (semalam 435) dan Sabah – 498 (semalam 453).

Berikut pertambahan kes baharu di setiap negeri:

Melaka -278 (semalam 82)
Johor – 278 (semalam 466)
Sarawak – 193 (semalam 229)
Pulau Pinang – 162 (semalam 202)
Terengganu – 131 (semalam 178)
Putrajaya – 108 (semalam 39)
Kedah – 105 (semalam 116)
Kelantan – 78 (semalam 161)
Pahang – 75 (semalam 61)
Perlis – 7 (semalam 13)
Labuan – 3 (semalam 29)

Sementara itu kes sembuh juga tinggi hari ini iaitu 4,313 kes berbanding 2,554 semalam.

Jumlah kematian hari ini masih merekodkan jumlah yang tinggi iaitu tujuh orang namun kurang jika dibandingkan 18 kematian semalam.

Kes pesakit yang diletakkan dalam unit rawatan rapi pula meningkat kepada 260 kes berbanding 251 kes semalam.

Manakala bilagan pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat seorang kepada 103 kes berbanding 102 kes semalam.

Keseluruhan jumlah kes aktif berkurangan kepada 42,769 kes berbanding 42,814 kes aktif yang direkodkan semalam.-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button