Nasional

Arahan PM Anwar: Cepat siapkan projek kecil

Tak boleh tunggu dua tahun, siapkan tahun ini

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap pelaksanaan projek-projek kecil yang bukan sahaja daif tetapi lambat diselesaikan.

Sehubungan itu, Anwar mengarahkan segala projek kecik yang masih belum selesai termasuk membaik pulih sekolah dan klinik-klinik kesihatan yang daif, disegerakan.

Beliau berkata, kerajaan pada November tahun lepas telah mengumumkan bahawa semua sekolah dan klinik yang berada dalam keadaan daif, haruslah diperbaiki dan kerja-kerja pembaikian harus diselesaikan pada tahun ini.

Namun, kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, pelaksanaan yang dibuat tidak memuaskan hati terutamanya di peringkat bawahan yang membabitkan pejabat-pejabat daerah.

“Penyaluran peruntukan untuk projek-projek kecil perlu disegerakan memandangkan sekolah-sekolah yang tiada tandas atau bumbungnya bocor, tidak boleh tunggu dua tahun lagi walaupun peruntukan untuk ini, telah diluluskan,” katanya merujuk kepada peruntukan dalam Belanjawan 2023 Malaysia Madani.

Beliau berkata, “saya nak pastikan peruntukan disalurkan segera,” katanya pada majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya, hari ini.

Beliau juga berkata, telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi  supaya projek-projek kecil dikecualikan daripada tugas Jabatan Kerja Raya (JKR) yang pada ketika ini, dibebani dengan ribuan projek untuk diserahkan kepada Jabatan dan Kementerian berkaitan terutamanya di peringkat daerah bagi mempercepatkan pelaksanaannya. – SUMBER BERNAMA – SM

BACA Mahu klinik kesihatan awam dibina, warga Kuala Selangor harap Tengku Zafrul menang kerusi!

BACA Ada ruang penambahbaikan pembukaan sekolah di negeri Fasa 4 PPN

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button