NasionalpilihanUncategorized

Rumah dalam pembinaan terbakar

SEBUAH rumah jenis apartment yang masih di dalam pembinaan terbakar dalam satu kejadian di tapak pembinaan Vista Wirajaya 2, Persiaran Pertahanan, Kuala Lumpur pagi tadi.

Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.04 pagi tadi dan 55 anggota beraama jentera dari lima balai bomba di kerah ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman, kebakaran berlaku di tingkat 2 (level parking) yang dijadikan tempat tinggal pekerja dan penyimpanan peralatan pembinaan.

“Tindakan operasi pemadaman kebakaran telah dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan teknik attacking dan defensive fire figthing dari luar bangunan bagi mengawal kebakaran daripada kemerebakkan.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 11.51 pagi dan tiada mangsa yang terlibat manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

(Visited 1,041 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button