fbpx


JenayahNasional

Md. Rayhan mohon maaf kepada Kerajaan Malaysia

LELAKI warganegara Bangladesh Md. Rayhan Kabir yang tular berikutan penerbitan dokumentary ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ dilaporkan memohon maaf kepada Kerajaan Malaysia.

Permohonan maaf itu dibuat susulan dia ditahan polis selepas mengeluarkan kenyataan yang dikatakan tidak benar terhadap pihak berkuasa.

Malah dia yang bekerja di Malaysia itu juga melaporkan dilayan dengan baik ketika berada dalam tahanan pihak berkuasa.

“Komen itu hanyalah pandangan peribadi Md. Rayhan.

“Dia tidak berniat mendakwa pihak penguatkuasa.


BACA > Kerajaan lanjut moratorium kepada golongan sasar — Suara Merdeka

“Dia diberikan layan sempurna dengan makanan baik. Katanya dia tiada aduan mengenainya.”

Demikian kata peguam Md. Rayhan, Selvarajaa Chinniah dan Sumitha Shaanthini memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Dalam pada itu, Selvaraja dan Sumitha turut memaklumkan keterangan Md. Rayhan sudahpun diambil pihak polis.

Tambah mereka, Md Rayhan memohon untuk pulang ke negara asalnya secepat mungkin.

“Kami akan menulis surat secara rasmi kepada Jabatan Imigresen mengenai tindakan lanjut mereka dan bila mereka akan menghantarnya pulang,” jelasnya.

Terdahulu, Md. Rayhan dilapor mengeluarkan kenyataan berat sebelah dalam dokumentari ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ terbitan agensi berita Al Jazeera.

Dalam rakaman berdurasi 25 minit untuk program dokumentari ‘101 East’ itu Md. Rayhan dilapor menfitnah Kerajaan Malaysia berhubung layanan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI).

MD. RAYHAN
PEGUAM kepada Md. Rayhan Kabir, Selvarajaa Chinniah dan Sumitha Shaanthini. – Gambar THE STAR

“Mereka pasang perangkap untuk kami.

“Mereka mungkin beri makanan, mereka beri ubat. Semua benda ini mereka berikan. Jadi, tiada orang menjangka mereka akan menahan orang.

“Mereka bukan pembunuh, bukan penjenayah. Mereka hanya tiada dokumen,” katanya dalam rakaman tersebut.

BACA > ‘Kluster Mahkamah’: Tunggu lagi dua minggu – Noor Hisham — Suara Merdeka
MD. RAYHAN
MD. RAYHAN KABIR sewaktu ditahan pada petang semalam di Setapak, Kuala Lumpur. -Gambar ihsan Imigresen

Kenyataan demikian bagaimanapun dikecam rakyat Malaysia khususnya dalam media sosial yang menyedari hakikat sebenar kehidupan PATI di negara ini.

Kehidupan di PATI di Malaysia dikatakan tidak seburuk seperti digambarkan Md. Rayhan dan laporan Al Jazeera itu.

Ini kerana, begitu ramai warga asing tidak berdokumen bekerja dan berniaga di negara ini tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Malah, jarang kedengaran wujud diskriminasi dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap mereka walaupun berwarganegara asing.

Susulan laporan itu, Md. Rayhan diburu dan berjaya ditahan oleh Jabatan Imigresen (Imigresen) atas maklumat orang ramai pada 7 Julai lalu.

Md. Rayhan ditahan di bawah Akta Imigresen 1959.

Sebelum itu, warga kerja Al Jazeera di Malaysia termasuk penerbit, juruvideo dan wartawan dipanggil ke Bukit Aman pada awal Julai untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan kepada Md. Rayhan dan warga kerja Al Jazeera dikritik pertubuhan berkaitan kemanusiaan dan kebebasan media tempatan dan antarabangsa.

BACA > Rayhan Kabir diusir selama-lamanya dari Malaysia — Suara Merdeka

Terdahulu dalam laporan Suara Merdeka, Md. Rayhan diusir selama-lamanya dari negara ini oleh Imigresen susulan kenyataanya itu. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button