NasionalNegeri

Pengusaha Institut Memandu kena pastikan kenderaan untuk latihan selamat

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis memberi peringatan kepada pengusaha Institut Memandu di negeri ini supaya memastikan setiap kenderaan yang digunakan untuk latihan berada dalam keadaan baik dan selamat.

Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, ini untuk mengelakkan berlaku sebarang kemalangan ke atas pelatih yang disebabkan berpunca dari masalah teknikal sesebuah kenderaan.

Kereta untuk latihan pemanduan juga perlu sentiasa dalam berada baik.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Operasi Khas Kenderaan Institut Memandu atau OPS OKIM di Institut Memandu Mega Maju di Pauh Putra, semalam.

Dalam operasi khas tersebut sebanyak 12 motosikal milik institut memandu tersebut telah diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak lapan motosikal mengalami masalah teknikal berkaitan sistem brek dan bunga tayar yang hampir haus atau tayar motosikal yang tidak sesuai digunakan untuk tujuan latihan pemanduan.

Operasi khas yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa itu turut disertai Timbalan Pengarah dan Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Perlis.

Selain motosikal, sebanyak lima kereta institut memandu itu turut diperiksa.

Pemeriksaan teknikal ke atas kereta didapati memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Sepanjang OPS OKIM di Institut Memandu Mega Maju Sdn Bhd, sebanyak 27 pemegang Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) telah diperiksa rekod dan status pemilikan saman bagi kesalahan trafik. – SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button