NasionalNegeri

Penguatkuasaan, advokasi kekang “trend” ubahsuai motosikal – Fatimah

BUNYI bagai nak ‘rak’, laju tak ke mana pun. Tapi itulah tabi’i penunggang motosikal yang gemar mengubah suai enjin motosikal masing-masing. Oleh itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis akan terus mempergiat penguatkuasaan dan advokasi bagi memastikan “trend” mengubahsuai motosikal dalam kalangan remaja di negeri ini berjaya dikekang.

Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, ini berikutan pada tahun 2022 sebanyak 79 kes ubahsuai motosikal telah dikesan.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah.

“Malah dari Januari hingga April lalu juga sebanyak 28 kes dikesan atas kesalahan ini,” katanya ketika dihubungi wartawan SUARA MERDEKA, hari ini

Fatimah berkata, setakat ini kes yang dikesan melakukan pengubahsuaian adalah melibatkan enjin motosikal, tiada brek depan atau belakang, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, ubah suai tayar dan nombor pendaftaran motosikal.

“Jika menanggalkan cermin sisi motosikal ia akan menyebabkan penglihatan penunggang itu sendiri menjadi terhad semasa menunggang, memotong ataupun membelok sama ada ke kiri atau kanan menyebabkan ia mengundang risiko kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, semasa pemanduan, pandangan sekeliling amatlah penting untuk memberi isyarat kepada penunggang sama ada untuk meningkatkan kelajuan, memperlahankan motosikal atau memberi laluan kepada kenderaan yang akan memotong.

Anggota JPJ juga melakukan pemeriksaan ke atas motosikal yang dibawa pelajar ke sekolah semasa program advokasi. – Gambar Ihsan FB JPJ Perlis.

“Apabila cermin sisi motosikal ditanggalkan sudah tentu kita tidak mengetahui kenderaan dari arah belakang yang memberi isyarat hendak memotong seteruskan berkemungkinan akan berlaku pelanggaran dari belakang,” katanya.

Selain itu katanya, pengubahsuaian lain yang kesan iaitu menanggalkan brek hadapan atau belakang dan ianya menjadi trend terkini dikalangan penunggang remaja masa kini.

“Apabila brek ditanggalkan ianya telah meningkatkan risiko kemalangan yang sangat tinggi dan secara sengaja penunggang itu merisikokan diri sendiri,” katanya.

Fatimah berkata, brek hadapan dan belakang memainkan fungsi masing-masing untuk mencengkam roda hadapan dan belakang bertujuan untuk menghentikan kenderaan.

Anggota JPJ juga memeriksa motosikal pelajar semasa melakukan advokasi di sekolah berkaitan ubahsuai kenderaan. – Gambar Ihsan FB JPJ Perlis.

Tambahnya, apabila salah satu brek telah ditanggalkan menyebabkan sistem brek tersebut tidak dapat memainkan peranannya sekaligus mengundang risiko kemalangan.

Fatimah berkata, JPJ juga akan lebih kerap melakukan advokasi mengenai ubahsuai ini di sekolah sebab dari sini bermula kesedaran.

“Advokasi sebegini memang akan diteruskan oleh kerana pemandu baru lahirnya daripada pelajar di peringkat sekolah menengah,” katanya.

Anggota JPJ semasa program advokasi di salah sebuah sekolah di Perlis. – Gambar Ihsan FB JPJ Perlis.

Fatimah berkata, setakat ini pendidikan keselamatan telah pun dilaksanakan di beberapa buah sekolah menengah di negeri ini dan JPJ juga turut membuat pemeriksaan ke atss motosikal yang dibawa oleh para pelajar ke sekolah. – SM

BACA JPJ Perlis bimbang trend topi keledar “kura-kura” berleluasa

BACA JPJ Perlis tidak kompromi pesalah jalan raya, jadikan satu pengajaran

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button