Nasional

Lantik TPM hak prerogatif Perdana Menteri

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan bahawa pelantikan seseorang menteri adalah menjadi hak prerogatif Perdana Menteri (PM) sepertimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau berkata hak PM tersebut perlu dihormati oleh semua pihak meskipun difahamkan wujud perjanjian atau memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani sebelum ini.

“Jawatan TPM itu hak prerogatif Perdana Menteri, hak beliau jadi biar beliau putuskan.”

“Walaupun ada MoU, serahkan kepada PM dan soal pilihan raya, soal yang berkait dengan PM, dia ada laporan, dia tahu apa yang berlaku di persekitaran, di antarabangsa, ASEAN, jadi dia boleh tentukan berdasarkan maklumat yang dia ada,” kata beliau dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat Khas Projek PROSPEK Pedu di Kampung Padang Setul, Padang Terap, hari ini.

Pada Rabu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki telah mencadangkan kepada PM untuk membubarkan Parlimen sekiranya terdapat desakan untuk melantik TPM daripada pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). -SM

 

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button