Uncategorized

303 berparti liar dalam kolam di Bukit Kiara

Seramai 303 orang individu menyertai parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara di ibu negara.

Sebahagian daripada 111 orang wanita berpakaian bikini dan sedang leka menari, mandi di dalam kolam ketika diserbu oleh polis pada pukul 10.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, seramai 299 yang ditahan terdiri daripada 158 lelaki dan 55 wanita warga asing.

Manakala 31 lelaki dan 55 wanita lagi adalah warga tempatan yang juga berhibur dengan minuman keras dan makanan ringan dalam parti tersebut.

Kata Amihizam, parti liar itu bermula pada pukul 4 petang dengan setiap individu hanya dikenakan bayaran RM60 untuk menyertai hiburan tersebut.


Tambah beliau, mereka menyertai parti berkenaan secara jemputan menerusi aplikasi media sosial.

Serbuan itu diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor bersama 150 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur turut menjalankan ujian air kencing kesemua individu yang menyertai parti terbabit.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22 (b) Akta 342, Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976 dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.- SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button