NasionalNegeriPendidikanUncategorized

MAIPs peruntuk RM6.5 juta untuk Institusi Pendidikan Islam

MAJLIS Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM6,531,000 untuk tujuan sumbangan tahunan Institusi Pendidikan Islam di Perlis tahun ini.

Yang menerima peruntukan berkenaan daripada MAIPs adalah Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs); Sekolah Agama Al Islahiyah Menengah (SAIM)Behor Mali; Sekolah Agama Al Islahiyah Rendah (SAIR) Behor Mali; Sekolah Menengah Agama Al Maad, Arau; Sekolah Rendah Islam (SRI 1) Jalan Abi Tok Hashim.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyerahkan simbolik peruntukan RM6.5j untuk institusi pendidikan Islam kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim sambil disaksikan Mohd Nazim (kiri). Berkenan saksi Tuanku Hajah Lailatul Shahreen dan Syed Sirajuddin Areeb Putra di Majlis Iftar @ Istana Arau di pekarangan Dataran Istiadat Istana Arau, petang semalam.

Sekolah Rendah Islam (SRI 2) Felda Mata Ayer; Sekolah Rendah Islam (SRI 3) Felda Chuping; Yayasan Islam Perlis (Al Maad dan SRI); Maahad At Tarbiyah Al Islamiyah (MATRI); Sekolah Rendah At Tarbiyyah Al Islamiah (SRAATI); Madrasah Diniah Al Islamiyah, Jejawi (MADI); Sekolah Rendah Islam Al Furqan Jejawi; Sekolah Rendah Islam At Taqwa Beseri; Sekolah Rendah Islam Al Azhar (SRIAZ) Arau; Sekolah Rendah Islam Mithali Aqrab (SRIMA) Jejawi.

Maahad Tahfiz Al Hikmah, Pauh; Maahad Tahfiz Miftahul Hidayah; Maahad Tahfiz Nurus Saadah; Madrasah Dar Al Quran dan Sunnah Bukit Jernih; Maahad Tahfiz Al Quran Darus Sunnah Padang Melangit (MAQDIS); Maahad Tahfiz Al Quran Al Barakah Sempering; Maahad Tahfiz Al Quran Ar Raudhah (MADAD) Mengkuang Layar; Maahad Tahfiz Al Masyhur Arau; Maahad Tahfiz Baitul Rahim; Maahad Tahfiz Al Bayan Pauh; Maahad Tahfiz Al Quran Al Barakah Lil Banat; Maahad Tahfiz Ilmu Al Quran Perlis (MATIQs) Mata Ayer.

Maahad Tahfiz Al Hikmah LilBanat; Maahad Tahfiz Al Quran Nur Ad Diniah Sanglang; Maahad Tahfiz Al Quran Nur Intibah Changkat Lada; Maahad Tahfiz Al Quran Al Muqarrabin Beseri; IKAF Quranic Academic Iqra Kangar; Markaz Al Iman Darul Falah Ummi Aishah; Pusat Ihya Sunnah (PIUS); dan Al Fasoha Academy of Arabic Repoh.

Simbolik penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada majlis sempena Majlis Iftar @ Istana Arau yang dihoskan oleh Baginda berdua di Istana Arau petang semalam.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen juga berkenan hadir pada majlis berbuka puasa dan berjemaah solat Maghrib pada Majlis Iftar @ Istana Arau di pekarangan Dataran Istiadat Istana Arau, petang semalam.

Berangkat sama ke majlis berbuka puasa selepas itu yang dihadiri kira-kira 250 orang tetamu terdiri daripada kepimpinan Kerajaan Negeri, Ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri dan juga Persekutuan ialah anakanda bongsu Baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Intipati program ini dimulakan dengan solat Maghrib di Dataran Istiadat dan majlis berbuka puasa dalam Balai Bankuasi.

Kemudian sesi soal jawab ‘Interaksi Irsyadi’ bersama Mufti Negeri Perlis sebelum solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CSO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada majlis yang sama sebelum itu, Raja Puan Muda Perlis berkenan menyempurnakan kurniaan sumbangan duit raya dan juga ole-ole Aidilfitri kepada kalangan tetamu terpilih terdiri daripada kalangan anak-anak yatim dan para pesara Istana Arau yang diraikan. – SM

BACA MAIPs agih RM20 juta operasi Institusi-Institusi Pendidikan Islam – Raja Muda Perlis

BACA MAIPs komited laksana inisiatif bantuan kurangkan jurang kemiskinan – Raja Muda Perlis

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button