Nasionalpilihan

Bapa tiri mengaku bersalah 32 pertuduhan rogol anak tiri

Seorang bapa tiri mengaku bersalah atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual dan menggunakan objek bagi tujuan seksual di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini terhadap anak tirinya ketika berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Haki Darmafikri Abu Adam, menetapkan 15 Mei depan bagi meneliti fakta kes dan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 36 tahun.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin kerana kesalahan bagi tujuan melindungi mangsa dan memastikan kehadiran tertuduh yang berdepan hukuman sebatan dan penjara maksimum 830 tahun bagi kesemua pertuduhan.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengajar kelas renang itu mengaku bersalah atas semua 32 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen
376(1) Kanun Keseksaan.

Lelaki berasal dari Sabah itu turut mengaku salah melakukan 12 perbuatan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek di bawah Seksyen 377 CA KK.

Semua perbuatan itu dilakukan terhadap seorang remaja yang kini berusia 16 tahun antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023 di sebuah rumah di Taman Maju, Jasin, Melaka.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim dan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana tertuduh telah mengaku bersalah selain bagi tujuan melindungi mangsa.

Sepanjang prosiding, tertuduh yang berambut panjang dan memakai baju T berwarna hitam hanya tunduk dan mengaku bersalah bagi semua pertuduhan tanpa mengemukakan sebarang rayuan meringankan
hukuman.

Seksyen 376 (1) KK memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan manakala Seksyen 376 (2) pula penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.

Manakala Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 pula boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan

Bagi setiap kesalahan melakukan seks menggunakan objek pula mengikut Seksyen 377CA Kanun KK pula jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Akhbar sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan yang juga anak tiri kepada lelaki berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Pasangan itu ditahan sejurus tiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 kira-kira pukul 9.30 malam.

Penahanan dibuat selepas mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang di Jasin dan merupakan anak kandung kepada wanita itu hasil perkahwinan pertama telah membuat laporan menjadi mangsa rogol bapa tirinya.

Wanita itu yang bekerja sebagai peniaga nasi lemak juga ditahan kerana dipercayai turut mengetahui perbuatan suaminya itu. – SM

Artikel berkaitan > Bapa tiri, ibu kandung direman seminggu kes rogol remaja

(Visited 455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button