MahkamahUncategorized

Kluster Sivagangga: Pemilik restoran nasi kandar disaman RM1.5 juta

GARA-GARA menjadi punca tersebarnya kluster Sivagangga hingga menjejaskan peniaga lain di pekan Napoh, Jitra, Kedah, pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh telah dikenakan saman sivil dengan tuntutan RM1.5 juta.

Saman itu telah dikemukakan oleh 200 penduduk dan peniaga di Napoh yang diwakili Persatuan Pengguna Kedah (Cake).

Ia telah difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, persatuan itu selaku plaintif mengemukakan saman sivil itu kepada defendan, Nezar Mohamed Shabur Batcha, 57, kerana menjadi pencetus Covid-19 bagi Kluster Sivangga di Napoh.

Mohamad Yusrizal berkata demikian kepada pemberita selepas memfailkan saman sivil tersebut di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di Alor Star hari ini.

Kluster itu kemudiannya merebak hampir ke seluruh negeri Kedah hingga ke Perlis dan Pulau Pinang.

Ekoran penularan kluster itu, penduduk dan peniaga di Napoh berhadapan denghan kesulitan terutama ekonomi mereka terjejas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKP) secara pentadbiran.

BACA>>https://suaramerdeka.com.my/pemilik-nasi-kandar-cetus-kluster-dipenjara/

Menurut Mohamad Yusrizal, selain itu, penduduk yang disahkan positif kluster itu perlu mendapatkan rawatan di hospital dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah.

Katanya, tuntutan terhadap defendan sebanyak RM1.5 juta termasuk ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi meruncing dan ganti rugi normal. – SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button