Nasional

UM kurangkan yuran pengajian RM120

TIADA sesi pembelajaran dan penggunaan kemudahan dalam kampus, Universiti Malaya (UM) mengumumkan pengurangan yuran sebanyak RM120.

Pengurangan yuran yang merangkumi bayaran sukan dan rekreasi, perpustakaan, ICT dan kesihatan atau kebajikan itu dibuat untuk tiga semester.

Tiga semester tersebut adalah pada sesi  Semester 2 2019/2020 serta Semester 1 dan 2 2020/2021.

Ia dikatakan sebagai langkah prihatin daripada UM bagi membantu mahasiswanya dalam menghadapi pandemik Koronavirus (Covid-19) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac.

“Jumlah keseluruhan pengurangan yuran ini adalah sebanyak RM2.7 juta bagi setiap semester yang melibatkan seramai 22,000 pelajar.

“Ia merupakan salah satu dariapda 11 inisiatif Bantuan UM Prihatin yang mula disediakan sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 di seluruh negara.”

Demikian kenyataan Universiti Malaya yang dikeluarkan Pejabat Komunikasi Korporatnya semalam.

Dalam kenyataan sama, UM menyatakan akan sentiasa mengutamakan kebajikan mahasiswanya dalam mendepani cabaran normal baharu.

“Universiti akan senantiasa mengutamakan kebajikan para pelajar dalam mendepani cabaran normal baharu mutakhir ini.

“Sama-sama kita berdoa agar penularan Covid-19 ini akan segera berakhir supaya kita dapat kembali menjalankan kehidupan kampus seperti sediakala.

“Sekiranya terdapat pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pengurangan yuran ini, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar dan Kolej, Jabatan Bendahari di talian +603-7967 3289 atau melalui e-mel kepada [email protected],” katanya.

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button