Luar Negara

Covid-19 mungkin berpunca daripada haiwan, namun masih disiasat – penyelidik

SEKUMPULAN pakar kesihatan termasuk zoonosis yang diarahkan ke China oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa, Koronavirus (Covid-19) mungkin berpunca daripada haiwan.

Bagaimanapun, mereka mengakui pandangan tersebut tidak kukuh dan masih membuka ruang kepada pendapat-pendapat lain.

Mereka berkata demikian selepas berkunjung ke China bagi menyiasat punca kewujudan virus Covid-19 yang menyebabkan pandemik sejak setahun lalu.

Terdahulu, kes Covid-19 pertama kali dikesan di Wuhan, China dan dikatakan berpunca daripada sebuah pasar yang menjual daging haiwan eksotik seperti kelawar, ular dan sebagainya.

“Mesyuarat yang kami buat setakat ini dengan rakan-rakan dari China benar-benar produktif dan sangat baik

“Tanggapan saya, pada masa ini adalah orang China – baik kerajaan, begitu juga pada peringkat rakyat – mereka benar-benar tertarik untuk mengetahui apa yang terjadi.”

Kata pakar zoonosis, Fabian Leendertz dari Institut Robert Koch iaitu sebuah badan kawalan penyakit di Jerman yang merupakan antara saintis terkemuka ditugaskan menyiasat asal-usul Covid-19.

Walau bagaimanapun, beliau menepis dakwaan mengatakan arahan siasatan oleh WHO adalah untuk mencari kesalahan dan menyasarkan China sebagai penyebab kepada penularan virus tersebut.

Sebaliknya, matlamat utama WHO meminta asal-usul Covid-19 disiasat adalah untuk mengenalpasti punca supaya masalah seperti ini dapat diatasi pada masa akan datang.

“ni bukan untuk mencari negara yang bersalah atau pihak berkuasa yang bersalah.

“Ini adalah untuk memahami apa yang terjadi untuk mengelakkannya di masa depan, untuk mengurangkan risikonya.

“Nasib tidak baik bahawa virus ini sangat jahat.

“Kami bermula di Wuhan kerana di sinilah terdapat data pertama yang paling kukuh.

“Dari sana kami mengikuti jejak ke mana sahaja mereka membawa kami,” kata Leendertz. – Agensi

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button