Luar Negara

Tiger Woods alami kecederaan kaki yang serius akibat kemalangan kereta

Pemain golf terkemuka, Tiger Woods dimasukkan ke hospital di Los Angeles pada hari Selasa (23 Februari) kerana cedera parah di kaki selepas keretanya tergelincir di jalan dan jatuh di lereng bukit.

Woods berjaya dikeluarkan dan diselamatkan oleh anggota bomba serta paramedik.

Dia mengalami beberapa kecederaan di bahagian kaki,

Namun begitu, kecederaan di kakinya tidak mengancam nyawanya, kata Sheriff County Los Angeles Alex Villanueva pada sidang akhbar

Dia juga berkata bahawa Woods berada dalam keadaan sedar dan dapat berkomunikasi ketika anggota penyelamat tiba.

Kemalangan tersebut dikatakan berlaku pada jam 7.12 pagi berhampiran komuniti pinggir bandar Rolling Hills Estates, kata jabatan sheriff.

Wakil Sheriff Carlos Gonzales, yang pertama tiba di tempat kejadian, mengatakan Woods, yang masih memakai tali pinggang keledar berada dalam keadaan tenang.

Wakil itu mengatakan bahawa dia segera mengenali pemain golf hebat itu setelah Woods memberitahu namanya “Tiger”.

Woods mengalami kecederaan serius pada kedua kaki dan pada mulanya disenaraikan dalam keadaan serius tetapi stabil, kata Ketua Bomba Los Angeles County, Daryl Osby kepada wartawan.

Turut dilaporkan bahawa Woods mengalami patah tulang pada kakinya.

Kesan kemalangan itu terhadap kariernya adalah masih tidak jelas hingga setakat hari ini.

Punca kemalangan itu masih lagi sedang disiasat, walaupun sheriff mengatakan cuaca tidak menjadi faktor.

Rakaman video dari tempat kejadian menunjukkan kenderaan utiliti sukan 2021 Genesis berwarna kelabu gelap Woods hancur dan berada di sebelahnya berhampiran dasar lereng bukit dengan tingkapnya yang pecah.

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button