Luar Negara

Kourtney Kardashian akhirnya bertunang dengan Travis Barter

SELEBRITI Kourtney Kardashian akhirnya mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Travis Barker setelah menjalin hubungan cinta sejak sembilan bulan lalu.

Hubungan mereka bermula sebagai sahabat baik yang kemudiannya bertukar menjadi sepasang kekasih pada awal tahun 2021.

Menurut portal PageSix, Travis, 45, telah melamar Kourtney, 42, yang juga merupakan salah seorang daripada adik-beradik terkenal dalam keluarga Kardashian di Hollywood.

Lamaran oleh Travis bertempat di Hotel Rosewood Miramar Beach, Montecito, California dengan membawa Kourtney ke satu lokasi romantis di tepi pantai yang dihiasi dengan lilin putih dan mawar merah.

Bagi berkongsi berita gembira, Kourtney memuat naik beberapa keping foto lamaran ke laman sosial Instagramnya dengan menulis kapsyen ‘forever’.

Alabama, anak gadis Travis, hasil perkahwinan lalunya bersama Shanna Travis turut gembira dengan khabar pertunangan mereka berdua di Instagram.

“Saya sangat gembira untuk kamu berdua. Sayang kamu berdua”, tulisnya.

Kakak Kourtney, Kim Kardashian juga hadir dalam majlis tersebut.

Pertunangan ini menjadi tanda bahawa Kourtney akan memasuki alam perkahwinan pertama kerana terdahulu, hubungannya termasuk dengan Scott Disick selama 10 tahun, bukan diikat dengan perkahwinan.

Hasil daripada hubungan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mason Dash Disick, 11, Penelope Scotland Disick,9, dan Reign Aston Disick, berusia enam tahun.

Manakala Travis  pula pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dengan Melissa Kennedy dan bercerai selepas setahun berkahwin dan perkahwinan keduanya bersama Shanna Moakler pada tahun 2004, namum berpisah selepas  usia perkahwinan itu mencapai empat tahun.

Perkahwinannya bersama Shanna menghasilkan dua cahaya mata iaitu Alabama Luell Barker, 15, dan London Asher Barker, 18.

Pertunangan Travis dan Kourtney bakal menjadi perkahwinan ketiga bagi Travis . – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button