NasionalpilihanUncategorized

Pengendalian mayat Covid-19 masih teratur dan kemas

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata pengendalian mayat pesakit COVID19 di sekitar ibu negara ketika ini adalah teratur dan terurus, tidak seperti dakwaan sesetengah pihak di media sosial yang menyatakan sebaliknya.

Beliau berkata Pusat Sehenti Sementara (Pusara), yang berfungsi menguruskan mayat pesakit COVID-19 Islam dan bukan Islam serta terletak berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) diwujudkan bagi memastikan perkara itu.

Aminuddin berkata terdapat lima kontena yang boleh memuatkan 225 mayat pada satu-satu masa di Pusara ketika ini diuruskan kira-kira 70 petugas dan sukarelawan.

“Dalam satu hari, kita boleh keluarkan dalam 50 mayat untuk diproses serta dituntut keluarga dan setiap hari, kita dapat memastikan bahawa data dapat dikumpul, mayat dapat diuruskan dengan lebih teratur serta bersepadu,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas meninjau urusan pengebumian 18 jenazah pesakit COVID-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Lebuhraya KL-Karak, Taman Selaseh hari ini.


Menurut Aminuddin, Pusara yang mula beroperasi pada akhir Julai lepas, merupakan inisiatif bersama pelbagai agensi seperti NADMA, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, HKL dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). -SM

(Visited 55 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button