BeritaPendidikan

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik semula sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik semula sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk tempoh tujuh tahun lagi.

Perisytiharan tersebut telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 20 Disember 2021 yang lalu untuk tempoh berkuat kuasa mulai 13 Disember 2021 hingga 12 Disember 2028.

Watikah tersebut dipersembahkan kepada Tuanku Raja Muda oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Raja Dato’ Azwane Raja Ariff dan Naib Canselor, Prof Ts Dr Zaliman Sauli bagi mewakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di Bilik Canselor, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra hari ini.

Untuk rekod, Tuanku Syed Faizuddin Putra mula dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai Canselor Pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) pada 1 September 2003 dan seterusnya dijenamakan semula sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sehinggalah pelantikan ke hari ini.


(Visited 394 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button