fbpx
BeritaPolitik

Mengaku sahaja lah DAP

DATUK Seri Najib Tun Razak mendakwa
wujud usaha oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menutup kegagalan kerajaan negeri dalam mengurus taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak.

Kata bekas Perdana Menteri itu, perkara tersebut berikutan penutupannya dilakukan ketika cuti Tahun Baharu Cina dan Tahun Melawat Malaysia.

“Seperti Nga Kor Ming, penulis media sosial mereka mendakwa pelbagai penyelewengan dan rasuah untuk projek tersebut dalam usaha mereka untuk salahkan BN (Barisan Nasional).

“Mereka patut sedar bahawa ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) DAP sendiri mengesahkan pada Mac 2019 bahawa laporan audit khas (special audit) yang dilaksanakan oleh PH selepas PRU-14 untuk MAPS mendapati tiada sebarang bukti kukuh bagi salah laku atau penipuan berlaku,” katanya dalam Facebbok.

Taman tema MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai semalam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Mengulas lanjut kata Najib, yang menimbulkan persoalan kenapa kos projek naik RM217 juta dari RM390 juta iaitu mengikut anggaran awal pada 2013 menjadi RM607 juta.

“Ini pula menjadi dakwaan rasuah dan penyelewengan. kerana kos naik RM217 juta selepas lima tahun.

“Tapi saya rasa lebih baik jika penyokong PH persoalkan pula kenapa kos projek PTMP Pulau Pinang yang dimulakan oleh DAP naik RM19 bilion dari anggaran awal RM27 bilion pada tahun 2011 menjadi RM46 bilion pada 2015,” katanya.

Menurut beliau lagi, setelah kos naik RM19 bilion, projek itu dibiayai oleh kerajaan Persekutuan melalui surat jaminan Perdana Menteri ketujuh.

“Kenaikan kos RM19 bilion dalam tempoh empat tahu banyak rasuah dan penyelewengan juga ke?

“Sendiri tak pandai dan sudah gagal, mengaku sahaja lah PH,” kata beliau.

Taman tema MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai semalam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Show More

Related Articles

Back to top button