Luar Negara

Tragedi pesawat Ukrain: rakyat Iran desak Ayatollah berundur

ADAKAH benar tentera Iran tidak sengaja tertembak pesawat Ukrain yang membawa 176 penumpang Khamis lalu?

Ketelusan kerajaan Iran terus dipersoalkan apabila rakyatnya mengadakan demonstrasi bagi memprotes kenyataan Presidennya, Hassan Rouhani berhubung nahas pesawat PS752 itu.

Justeru ribuan rakyat Iran dilaporkan berkumpul di hadapan pintu Universiti Amir Kabir berhampiran bangunan Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Tehran.

Peserta demonstrasi itu didakwa turut mendesak Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei supaya berundur.

“Diktator mesti dibunuh, Khamenei memalukan. Sila keluar dari negara ini,” sorak peserta demonstrasi lapor portal CNN.

Kemarahan rakyat Iran tercetus apabila tragedi tersebut turut mengorbankan graduan tempatan yang berhijrah ke Kanada.

[BACA ARTIKEL] Pesawat Ukrain terhempas di Iran — Suara Merdeka

Turut terkorban dalam tragedi tersebut adalah 82 warga Iran, 63 Kanada, 11 Ukrain, 10 Sweden, empat Afghanistan, tiga German dan tiga British.

Trump sokong demonstrasi

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump menerusi ciapan dalam akaun Twitternya menyokong demonstrasi memprotes kerajaan Iran dan desakan supaya Ayatollah Ali berundur.

“Sungguh berani, sudah lama rakyat Iran menderita. Saya bersama kamu sejak hari pertama menjadi Presiden dan pentadbiran saya sentiasa bersama kamu.

“Kami ikut rapat demonstrasi yang berlaku dan teruja dengan keberanian kamu,” katanya yang menulis dalam bahasa Inggeris dan Parsi.

 

Dalam perkembangan lain, Trump turut menegaskan kerajaan Iran mesti mendengar kumpulan hak asasi manusia yang mahu kebenaran.

“Dunia sedang melihat. Di sana tidak boleh ada pembunuhan beramai-ramai terhadap pemprotes ataupun penutupan jaringan internet,” ciapnya.

 

Tragedi pesawat Ukrain

Khamis lalu, pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines dilaporkan terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini.

Tragedi itu berlaku ketika ketegangan antara Tehran dan Washington memuncak selepas kematian pemimpin tertinggi tentera Iran, Jeneral Qassem Soleimani.

[BACA ARTIKEL] Iran berikrar balas dendam terhadap Amerika Syarikat – Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Iran lancar 12 roket ke atas kepentingan AS di Iraq — Suara Merdeka

Kematian Qassem kemudian dibalas dengan serangan Iran ke atas dua kem tentera AS di Iraq dengan melepaskan kira-kira 15 peluru berpandu di sana.

[BACA ARTIKEL] Iran dakwa 80 rakyat AS terbunuh dalam serangan peluru berpandu — Suara Merdeka

Semalam, Suara Merdeka melaporkan Hassan Rouhani dan Menteri Luar Iran, Javad Zarif dan Presid memohon maaf dan menzahirkan simpati selepas mengaku tidak sengaja tertembak pesawat PS752 itu. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button